Wednesday 18 December 2013

Tanggapan seorang murtad kepada Islam.

Assalamualaikum and Hello to all readers :)

Sejak kebelakangan ni, sebagai akibat kepada kebosanan yang melanda diriku di rumah, aku sering merajinkan diri untuk melawat laman-laman 'page' yang menarik di Facebook. Memang pelbagai page yang menarik yang aku jumpa. Ada yang bercerita pasal Sukan Sea yang sedang berlangsung sekarang ni, ada yang berkisar tentang video-video lawak dan apa yang betul-betul menangkap pandangan aku di skrin ni adalah satu page yang dinamakan "The Strange World of Emilie".




Ya, nama page dia memang totally innocent, tapi lepas aku dah selidik dengan lebih mendalam, apa yang aku jumpa adalah pelbagai bentuk status mahupun gambar yang menghina Islam. Sebelum itu, biar aku bercerita serba sedikit tentang beliau. Admin page ni merupakan saudari yang digelar 'Emilie', dan gaya penulisan dia menunjukkan dia ni seorang rakyat Malaysia, dan dia telah murtad. Apabila berwarganegarakan Malaysia dan telah murtad, kemungkinan besar dia ni seorang melayu. Ya, sekarang memang dah jadi isu biasa bila kita dengar melayu murtad. Tetapi isu biasa itulah yang merupakan perkara yang perlu dipandang berat dalam islam.

Ini merupakan cebisan status yang boleh anda peroleh daripada page beliau :

"Why do god get the credit for the good things (look at the sky! the moon! the beautiful mountains....) but when there is earthquake, tsunami or hurricane and thousands of people die or become homeless, god never got the blame?

It seems god is only responsible for the good stuff but not the horrible stuff. So who is responsible for the bad stuff? Satan? Humans? Does that mean Satan is equally powerful (for the bad stuff)? So god isn't THAT powerful. Pfftt!! "



" I observe that Muslims/Malays pay attention to the little things and the rituals (that you don't miss the 5 times a day prayers, gender segregation, how women cover their hair, or how to correctly perform ablution after sex) but not the things that really matter (eradicating poverty, women empowerment, children education, improving social ills, and morals).

Why am I not surprised.... "



I observe that in a given society; the more insecure the men are, the more they tend to blame women for petty little things, and the more controlling they are towards many aspects of women's lives.
Sounds familiar? *coughIslamcough* "


" 
When Muslims talk about maintaining virginity before marriage, they are talking about the women, not the men. And they say Islam elevated the status of women? Hahahhaah yeah right. Elevated to what? Higher than a dog but just below cattle?

And please, these loose women, if they do have premarital sex, who are they having it with? Other women? Nope, they are doing it with men. So, for each non-virgin woman, there is a non-virgin man out there, roughly speaking. But nobody cares about men preserving their "virginity," do they? "


Why do I hate Islam. Let me count the ways.

Muslims get butthurt easily and use the law to push censorship onto critics. Muslims in the Middle East commit honor killing on their own teenage daughters. Muslims in Saudi harass their women and prevent them from driving cars. Muslim immigrants migrate to western countries, and bring with them syariah laws which they practice illegally in countries like UK. Muslim immigrant to western countries use up the welfare money, which may or may not be bad, but some refuse integration with the local society. Muslims in Malaysia use the law to prevent Christian minority from using the term Allah in their bibles, even though international community (other Muslims) say the ban is ridiculous. Muslims in Malaysia stop Western artists from performing in the country - they don't have to watch the show, but now they prevent others too from watching the show too. Muslims in Afghanistan, Yemen, Sudan, Saudi are trading young daughters, forcing them into child marriages, Muslims in North Africa and Egypt perform genital mutilation on their young daughters to stop them from becoming sexually promiscuous even though there is no scientific evidence to back it up. Muslims in Malaysia prevent Malay-Muslim beauty queens to participate in the beauty contest, they imprison Alvivi, they arrest that nice lady for posting video of her with her dogs.

So why do I have such a potty mouth insulting Allah and/or Muhammad? This is why. It was never about Allah or Moe, it was always about Muslim's behavior, today. Me angry? You bet I am. "



Dan ini pula laman web milik Emilie


Apa yang aku dapat simpulkan daripada apa yang aku baca, tulisan status beliau lebih menghina islam berdasarkan apa yang beliau nampak pada umat islam itu sendiri. Tindakan dia murtad atau keluar dari islam sememangnya perlu dikeji, tambahan lagi beliau menghina islam dari segenap sudut termasuk berkaitan cara kita bersolat. Ini sememangnya patut dikeji. Tapi kadangkala aku berfikir sejenak, dalam aku menyalahkan dia kerana murtad, aku juga terfikir kenapa dia menilai islam dari sikap umat islam itu sendiri. Mesti ada sebab kenapa dia bertindak sebegitu. Aku rasa ramai orang boleh mengagak. Ya, sikap orang islam sendiri yang menjadi masalah sebenarnya.

Apa yang dapat aku lihat, ramai orang islam apabila menerima berita bahawa ada someone yang kutuk islam, kalau boleh aku bertanya apa yang umat islam buat ? Aku tak nak sebut tentang yang hanya berdiam diri tu. Aku nak sebut tentang yang 'overacting' bila ada terdengar ada orang yang mengutuk islam. Overacting yang aku maksudkan ini ialah, yang membalas segala kritikan dengan emosi. Mostly orang yang nak defend islam ni memang pakai emosi. Hold on, Hold on ! Jangan cepat melatah bila apa yang aku tulis ni, sounds like nak defend orang yang mengutuk islam tu. Bukan macam tu, sedangkan aku sendiri pun mengeji sesiapa yang berani mengutuk islam, terutama kepada sesiapa yang hanya menilai islam itu tanpa mendalami tersurat dan tersirat islam itu sendiri. Tapi, fikirlah, bukan itu caranya untuk kita menarik orang kafir untuk masuk islam. Bukan itu caranya untuk kita mempertahankan islam. Bukan itu caranya untuk kita menunjukkan semangat kita menentang musuh dalam islam. Ingin aku petik tindakan nabi Muhammad S.A.W ketika zaman pemerintahan baginda dulu, baginda tidak pernah sekali-sekali memaksa mahupun mengeluarkan undang-undang yang memaksa orang kafir untuk memeluk islam. Tetapi baginda hanya menyeru kepada semua umat islam untuk menjaga adab serta tingkah laku serta menunjukkan contoh yang baik dan apa kesannya ? Orang kafir itu sendiri tertarik akan keindahan islam.

Ini yang diajar oleh baginda. Dan kita sebagai umat Nabi Muhammad yang mengakui akan sikap terpuji baginda dalam menyebarkan dakwah, sepatutnya mengikuti cara baginda. Sepatutnya la. Tapi, we does the opposite. Itu masalah umat islam. Mereka lebih mendahulukan emosi berbanding akal fikiran. Yang perempuan dengan berhujah tanpa point. Yang lelaki pula dengan caci makinya. Kalau boleh aku tanya, adakah tindakan begini lebih memburukkan atau menambah baik akan tanggapan mereka ke atas islam ? Of course you guys are just making it worse! Ada post yang boleh aku jadikan sebagai bukti :

People say don't judge a book by its cover. Darn right! I'm judging the Quran by its content, not by its cover. If only Muslims read and understand what's in there, and not cherry pick. "


In my country, Malay Muslims treat the Chinese (and other minorities) as second rate citizens.
Yet another example how Islam makes them delusional into thinking they are better people than others. "


Every time I read the news about crimes committed by Muslims from all over the world - whether it be the Japanese tourists raped and stabbed in Turkey (one was raped post mortem), or the mall shooting in Kenya (those who didn't know prophet Muhammad's mother's name were shot), or how Saudi women are harassed/jailed for wanting to drive cars (mullahs saying their ovaries will get damaged or worse, they become prostitutes or gay) - and I point it out/repost, I get Muslim moderates coming at me saying "there are always bad people who do bad things, that doesn't mean Islam promotes violence."

I hear ya.

But look around. The worst of Christians do not behead others (anymore), atheists, well they eat babies, but so far nobody's ever reported missing babies ya... there may be one or two isolated incidents, but cases involving Muslims? Not one day goes by that you don't hear about freaky atrocity committed by Muslims somewhere in the world, usually bloody and gory.

Do you honestly believe there is no correlation between Islamic religious doctrines and muslim's bad behaviour? Islam need reform. Major. Wake up people. "


" 
I went to Mecca for umrah with my mom, sister-in-law and a bunch of old ladies, under the guidance of a lady religious teacher (ustazah) with whom my mom was studying under. In Medina one morning, we walked past this old man who was so intense in his prayers that he was banging his head repeatedly against one wall of the holy mosque.

"Oh he's a Shiite, they do those kinds of silly things" our ustazah said in a condescending manner. Suffice to say, from that day on, I isolated myself from the group, until my mom scolded me, but I'd rather be scolded than pass judgment about people who are different than me. Not when they haven't done anything to affect me. "

Dalam kata mudahnya la kan , cemni lah. Katakan korang break dengan pasangan korang pasal pasangan korang masih ada hati pada kekasih lama. Setelah apa yang korang alami, suka duka bersama, korang terpaksa act like a romeo, merelakan pemergian kekasih korang itu kononnya kerana lebih sayangkan perasaan kekasih korang tuh dengan korbankan relationship yang dah sekian lama dibina bersama. Dengan segala pengorbanan yang korang buat tu, korang ingat kekasih korang tu akan get back dengan kekasih lama dia tu ke ? Hell no !! Jika kekasih korang tu teruskan jugak, dia mesti akan ada rasa serba salah dan akhirnya .... Korang pun tahu kesudahannya.

Well, ini yang cuba aku ungkapkan. Ini yang cuba aku katakan. Walaupun namanya kafir, mereka still dipanggil manusia, dan bila namanya manusia, hati mereka pasti akan lembut bila kita umat islam menjawab segala persoalan mahupun kutukan yang dilontarkan mereka dengan menggunakan akal dan bukan dengan emosi. Kalau korang sendiri pun dahulukan emosi dengan balas balik kutukan kafir ni, janganlah marah bila mereka terus menerus mengutuk Islam. Pasal apa ? macam aku cakap tadi, namanya manusia. Kalau dia bagi tuba, korang balas dengan tuba, manusia mana yang akan stay cool aje ? Sebab tu datangnya pergaduhan, tuduh menuduh, fitnah memfitnah antara Islam dengan golongan kafir.

Kita ni sebagai umat islam, agama adalah identiti kita. Apa yang kita buat, mencerminkan identiti Islam sendiri. Buruk akhlak kita, buruklah Islam di mata orang kafir, Cantik akhlak kita, cantiklah Islam di mata orang kafir. Jangan jadi seperti sesetengah umat Islam, sanggup menjual agama untuk kepentingan duniawi. Dan sekali lagi aku ingin menegaskan, aku tidak pernah mempertahankan kafir, malah aku sayang akan agama aku dan aku tidak akan sekali-sekali membiarkan umat islam sendiri memburukkan nama islam. Ayuh, bangun ! Bangun ! Bangun untuk hidupkan kembali akal kita yang telah lama mati !