Wednesday 18 December 2013

Sifat-Sifat Wanita yang mampu menarik Perhatian Lelaki.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Well, sekarang ni kan sememangnya kalau kita lihat, antara musim-musim kaum perempuan mencari kaum lelaki, ehhh, salah. Kaum lelaki mencari kaum perempuan. Dan kalau dilihat dekat media massa seperti televisyen sekalipun, memang menjadi feveret la bagi kaum hawa mahupun kaum adam untuk menonton drama-drama, sinetron, serta telenovela berkaitan CINTA.


So, that’s the topic yang akan kita kopek sama-sama pada entri kali ni. Bila aku tengok sendiri, ramai anak muda mahupun anak tua, sama ada lelaki mahupun perempuan, yang berpura-pura melahirkan perasaan cinta itu sendiri sesama mereka, tapi tak paham pun konsep mahupun erti sebenar cinta itu.
Aku mengaku yang aku pun masih lagi setahun jagung dalam bidang ni, tapi percayalah. Takda siapa pun yang nak kisah berapa tahun jagung pun kita, pasal pandangan aku tentang CINTA itu berlainan dari orang lain. Dan sesetengah orang juga punya pandangan yang berlainan dengan pandangan orang lain. Hah, faham kan ? Kenapa ini boleh terjadi ? kerana cinta itu SUBJEKTIF. Yes ! setiap orang ada pandangan berlainan ikut kefahaman diorang. Sebelum aku menyimpang dan melalut dengan lebih jauh lagi, lebih baik kita terus masuk ke topik utama antara sifat-sifat wanita yang disukai dan mampu menarik perhatian lelaki.
So, wanita di luar sana, check sendiri jika diri anda ada sifat-sifat ni. GOOD LUCK ;)

1.         SETIA

Hah, aku bet memang tak ramai orang ada sikap ni. Baik lelaki atau perempuan. Dan untuk jadi seorang yang setia, adakalanya susah dan adakalanya boleh jadi senang. Yang penting, semuanya bergantung pada niat. Sifat ini boleh jadi susah nak ‘lekat’ dalam diri kita kalau niat kita untuk bersama sesorang tuh, macam lebih kepada untuk suka-suka jek. Kalau dah niat pun suka-suka, hubungan yang dibina pun akan suka-suka je lah terpisah. Tapi kalau kata ada nya keikhlasan dalam hati kita itu sendiri, mencintai seseorang dan SETIA kepadanya itu , alah, piece of cake jek :D

2.       INGAT HARI-HARI PENTING
Hah, hari penting yang dimaksudkan macam birthday pasangan korang, anniversary korang dan hari-hari lain yang korang rasa penting dan wajib untuk diingat. Percayalah, kalau korang ingat hari-hari penting ni, pasangan korang akan rasa lebih dihargai nanti, tambah pulak korang buat something yang boleh dikatakan special pada hari tersebut, ohhhh, so sweet, puihhh -.-‘

3.       HORMAT PASANGAN ANDA.

Hmmm, yang ni better dua-dua sekali ambil perhatian. Kalau perempuan, cara dia tak hormat pada pasangan dia tuh, boleh lagi kita nampak atau rasa pasal perempuan akan ‘beritahu’ dengan bahasa tubuh atau mimik muka mereka. tapi kalau lelaki, dia takkan cakap. Perempuan sendiri kena selami jiwa lelaki itu, dan fahami tentang perasaan lelaki tersebut. Lelaki lebih gemar untuk pendam dan sabar  segala macam masalah dalam perhubungan mereka, dan bila tiba sabar tuh dah cecah pada tahap maksimum, hah, yang ni baru la dia tunjukkan sikap hilang hormatnya pada pasangan mereka. Ingat, kalau masih sayangkan relationship korang, hormat pasangan anda !!


4.       JAUHI SIKAP KEANAK-ANAKAN
      Sikap keanak-anakan. Yang ni lah yang paling aku jengkelkan sekali.  Nak couple, tapi sikap keanak-anakkan ni tak boleh buang. Kalau dah memang budak lagi takpe, ni kalau dah umur belasan dan puluhan tahun, memang nak kena hentak. Haha. Try la untuk tanamkan dalam diri sendiri, untuk buang sejauh-jauhnya sikap keanak-anakan ini and try to make a serious relationship. Serius, bila korang dah start serius dengan pasangan masing-masing, takkan ada siapa yang nak pasangan diorang tuh bersifat keanak-anakkan. Believe it !

5 LELAKI JANGAN TERLALU FEMININ, WANITA JANGAN TERLALU MASKULIN
      Nampak kan subtopik kat atas ni, bukan terbalik, tapi memang itu maksud yang aku cuba nak sampaikan. Apa yang orang lain tengok, lelaki lembut tiada sifat-sifat pelindung, iaitu sifat yang perlu ada pada seorang lelaki terhadap wanita.  Tapi itu hanya pandangan. Hanya sekadar teori sahaja. Bagi wanita pula, usah jadi terlalu ganas . mahupun jangan serlahkan kejantanan dalam diri anda. Bukan sahaja lelaki yang tak suka, malahan haiwan-haiwan ternakan pun akan berasa jengkel bila melihat seorang perempuan berperwatakan lelaki. Ish ish ish -.-‘

6.       LEMAH LEMBUT

Haa, sikap ni la yang dicari kebanyakan lelaki dalam diri seorang perempuan. Bukannya aku nak ajar agar korang menjadi ‘plastik’, atau ‘hipokrit bagai. Tapi cuba didik diri untuk jadi lebih sopan santun dan lemah lembut. Haa, baru la lelaki tengok pun, boleh cair. I LOIKE #_#



7.       OVER MAKE-UP

Yang ni memang aku setuju kalau kata ramai perempuan yang selalu over dalam mencantikkan diri. Bukan apa, tak salah kalau nak make-up, tapi at least jangan la over sangat make up tu sampai dah nampak macam pelakon opera cina pulak. Kalau anda nak tahu apa perasaan lelaki kalau keluar dengan perempuan ber make-up tebal, bayangkan anda sebagai perempuan, berpakaian kasual keluar dengan seorang lelaki yang bergaya sakan, siap dengan skinny jeansnya, berkemeja, bersepatu bagai, padahal nak keluar makan kat mamak jek. Terasa diperhatikan tak ? hah, tak perlu kejar sangat untuk jadi fashionable, keep it simple. Mengaku ajelah yang awak tuh ada Natural Beauty yang tersendiri. Lagi manis kot .Make-up sikit takpa, over make-up, pleaseeeeee jangan buat !!!!



8.   JANGAN TERLALU MENGIKIS HARTA LELAKI
Wait a minute, jangan salah sangka tentang subtopik yang ni wahai kaum hawa sekalian. Bukan nak kata semua perempuan tu macam pisau cukur, mengikis harta lelaki. Tidak sama sekali. Cuma nak kaum hawa ni faham, jangan terlalu bersifat demand dengan lelaki ni. Hah.  First sekali yang akan aku fikir kalau jumpa perempuan yang demand dan terlalu bergantung pada lelaki, nak tu cari BF diorang, nak ni pun cari BF diorang juga. Aku akan fikir yang ‘ishh, perempuan ni tak boleh nak dibawa jalan selalu ni, kopak aku’. Haha. Ingat, lelaki pun perlu jaga ekonomi juga.



9.       JAGA KECANTIKAN DAN KEKEMASAN DIRI
Well, umum mengetahui memang semua orang kalau nak cari BF/GF ataupun calon suami mahupun calon isteri, kalau boleh diorang nak kan yang berperangai ‘kamcing’ dengan diorang. Next, majoriti mesti nak cari yang pandai jaga kekemasan dan kecantikan diri. Yeahh ! even aku sendiri pun nak cari yang jenis ni jugak. Hehe. Biar muka tak cantik, biar muka tak handsome, asalkan tau nak jaga kekemasan diri macam mana. Lagi-lagi lelaki, kena yang selekeh tuh, amboi kemain. Hah, jangan sampai pasangan korang sendiri tak nak selalu jumpa korang disebabkan masalah sekecil ni. Yang penting, jangan terlalu pengotor, jangan terlalu metroseksual, yang sedang-sedang saja :D



SEORANG YANG MATANG

Hah, yang ni memang criteria yang perlu ada pada setiap orang , tak kira lelaki atau pun wanita. Selalunya kalau seseorang itu ingin menjalinkan hubungan serius dengan pasangannya, ciri ini WAJIB ada. Yupp ! rasanya tiada siapa yang mahukan pasangan yang kurang matang, sebab kekadang orang yang kurang matang ni lah EGO dia tinggi. Ini yang boleh mendatangkan musibah dan bahana pada relationship korang.

 
JUJUR DALAM SEGALA PERBUATAN DAN PERCAKAPAN.

Apa rasa kalau kita ditipu oleh pasangan kita sendiri, lagi-lagi bila selama ni dia tipu kita yang dia setia padahal dia curang belakang kita. Sakitkan hati ? hah, itu la pentingnya sifat ni. Jujur. Orang pun ada cakapkan, honesty is the best policy. So, tak paham-paham lagi. Hehe, believe this , sekali korang menipu, korang akan lakukannya untuk kali yang kedua, kemudian kali ketiga dan seterusnya. Lama-lama korang juga yang akan menyesal bila semuanya sudah terbongkar. Ini yang kita panggil nasi sudah jadi bubur meyhh ~!! J

SALING MEMAHAMI PASANGAN ANDA

Antara kunci kebahagiaan dalam perhubungan. Understand each other. Yes ! ingat satu jekk, pasangan kita tu bukannya patung, bukannya tiang, dan tentu-tentulah bukannya tunggul (klise -.-) . mereka juga dilahirkan dengan emosi dan perasaan. Dan kedua-dua benda ni boleh berubah dalam sekelip mata sahaja. Dari sedih ke gembira, dari gembira ke sedih, dari sedih jadi ketawa, dah penat ketawa, tidur la :D disebabkan itu, perlunya kita untuk faham pasangan kita tersebut. Mesti si dia akan berasa lebih dihargai nanti bila ada orang yang sanggup dengar masalah mereka. Confirm lah. Kalau si dia tiada perasaan untuk rasa dihargai, jauhi dia. Kerana anda menjalinkan hubungan bukan dengan manusia. :P



Fuhhh, sekian. Itu je la kot coretan yang aku mampu sampaikan. Actually entri kali ni lebih kepada luahan hati. Dari apa yang aku faham. Dari apa yang aku nampak. Dan seandainya pandangan ni tak dipersetujui anda, sila kemukakan pandangan anda pula di ruangan komen di bawah. Bolehh share-share idea. Hehe.
Pesanan terakhir aku, jika hendak mencari pasangan, janganlah jadikan kecantikan itu sebagai criteria utama, seeloknya carilah pasangan yang baik dari segi perangai dan tutur katanya, maka kita akan jumpa sendiri kecantikan dalaman yang ada melalui perangai dan tutur katanya yang baik itu.

SEKIAN. Terima kasih kerana membaca sehingga huruf yang terakhir :D

0 comments:

Post a Comment